Friday, March 21, 2008

cik, berapa harganya sesebuah......??

Banyak benda dalam dunia ini tiada harganya. Tidak boleh dinilai dgn apa juga. Jika anda memilikinya, jangan sekali-kali memperdagangkan ia kerna ia memang tidak sama sekali di tukar ganti. Hilangnya juga tidak boleh dibeli begitu sahaja.

Agama

Pertama sekali, adalah agama. Agama adalah petunjuk kehidupan kita, cara hidup kita. Tanpa agama, kita seolah-olah berjalan dalam sebuah bilik yang gelap serta hitam. Kita hanya meraba-raba dan mengagak-agak apabila berjalan. Pandangan kita khabur. Kita berjalan tanpa arah dan tujuan kerna bilik itu gelap. Begitulah ibaratnya hidup kita tanpa agama. Celik tapi buta, itulah hakikatnya.


Keluarga

Berbuat baiklah dan hargai keluarga kamu, walaupun bagai mana corak dan ragam keluarga kamu. Setiap keluarga pasti akan mempunya "defect" dan kekurangan ia sendiri. Itu bukan bermakna keluarga kita tidak ada "standard". Keluarga tidak kaya, keturunan biasa2x bukan indikasi kepada sebuah keluarga bahagia. Keluarga bahagia adalah keluarga yang mengikut dan mengamalkan syariat agama serta dapat bertoleransi dan berkerjasama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Tidak guna jika nama aje keluarga tan sri, man sri, tetapi kepincangan keluarga mengalah keluarga yang beratapkan rumbia. Oleh itu, jangan kita sekali-kali mempetaruhkan ikatan kekeluargaan yang utuh serta erat. Peliharalah dan bajailah ia, agar lebih subur. Jika seseorng menghadapi masalah dgn keluarganya atau tidak suka akan keluarganya, Mesti dia berusaha dan sentiasa berdoa agar keluarganya ini hidup dalam mawaddah dan rahmat dari Allah. Segala kesulitan yang dihadapi hendaklah diikhtiarkan jalan penyelesaian. Bagi seseorng anak, jangan menyimpan dendam atau terasa sangat dengan ibu bapa yang marah akan kita, kerna mereka berkata demikian atas dasar sayangnya pada kita. Bersabarlah dan tersenyum, lihat muka mereka dan berfikirlah, suatu hari Allah akan mengambil mereka dari kita. Pasti suatu hari nanT. Maka, hendaklah kita menghabiskan masa kita yang ada ini dgn keluarga dengan sgt bermakna. Dalam perihal adik-beradik, jangan berkelahi sampai putus hubungan saudara, cth: harta pusaka. Janganlah memikirkan siapa yang hebat, janganlah mementingkan diri sendiri, fikirlah orang yang tanpa keluarga, sebatang kara. Pada siapa mereka hendak mengadu dan berkongsi masalah?? Periharalah keluarga anda...

Ilmu yang berguna

Persahabatan

Jika kamu bertuah mempunyai kawan di masa susah senang dan jika sanggup menegur kamu apabila salah, periharalah persahabatan itu.

Nasihat yang berguna

tiada apa yang lebih berharga dari nasihat yang berguna. Rugilah seseorang yang tidak boleh mendengar nasihat, yang telinganya mendengar tapi pekak.


banyak lagi bende yang tiada harganya..tetapi inilah yang amat perlu kita pelihara dan hargai.


# next week: rotation peads will starts....


1 comment:

fathilah said...

best entry ni.. =)